Spotify sediakan ciri baharu terjemahan suara podcast
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Getty Images/Gabby Jones
JAKARTA: Spotify mengumumkan ciri baharu Voice Translation atau penjemahan suara, bagi podcast yang disiarkan di platform penstriman audio tersebut.
"Dengan menyesuaikan dengan suara pencipta kandungan, Voice Translation membolehkan pendengar di seluruh dunia menemukan dan mendapat inspirasi oleh para penyampai podcast dalam cara yang lebih asli," kata Wakil Pengarah Personalisasi Spotify Ziad Sultan, dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan menerusi laman Spotify pada Isnin (25 Sep) waktu setempat, seperti yang dilaporkan agensi berita Antara.
Spotify menjanjikan pengalaman mendengar podcast yang lebih dekat dengan pendengar berbanding 'dubbing', atau alih suara, melalui ciri penterjemahan suara.
Dalam projek awal, sejumlah podcast berbahasa Inggeris diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol, Inggeris dan Jerman, menurut laporan Antara.
Spotify bekerjasama dengan pencipta kandungan podcast Dax Shepard, Monica Padman, Lex Fridman, Bill Simmons dan Steven Bartlett untuk menghasilkan suara terjemahan dengan menggunakan kecerdasan buatan.
"Kami yakin pendekatan bijaksana terhadap AI dapat membantu membangun hubungan yang lebih dekat antara pendengar dengan pencipta kandungan, sebuah kunci penting dalam misi Spotify untuk membuka potensi kreativiti manusia," kata Sultan, seperti ditukil laporan Antara.
Podcast yang sudah diterjemahkan boleh didengar di laman Now Playing View. Episod podcast lain yang diterjemahkan juga boleh didengar di bahagian Hab Penterjemahan Suara.
Spotify mengeluarkan podcast yang sudah diterjemahkan kepada pemilik akaun premium dan percuma di seluruh dunia.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.