Spotify kembali berfungsi selepas kebanyakan pengguna seluruh dunia alami gangguan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Getty Images/Gabby Jones
AMERIKA SYARIKAT: Platform penstriman audio Spotify sudah kembali berfungsi bagi kebanyakan pengguna, menurut syarikat itu pada Rabu (19 Apr).
Ini setelah berlakunya gangguan sementara yang menjejas perkhidmatan bagi puluhan ribu pengguna seluruh dunia.
Syarikat tersebut tidak mendedahkan jumlah pengguna yang terjejas dari gangguan itu.
Namun laman mengesan gangguan Downdetector.com menunjukkan bahawa lebih 20,000 insiden berlaku di Amerika Syarikat (AS) dan lebih 8,000 di Britain ketika kemuncak gangguan itu.
Laman itu mengesan gangguan dengan mengumpul laporan status daripada sumber-sumber termasuk kesilapan yang dilaporkan oleh pengguna di platformnya.
"Semuanya kelihatan lebih baik!," menurut Spotify Status dalam satu catatan di akaun Twitternya.
Ramai pengguna memuat naik catatan di Twitter untuk berkongsi kemas kini dan 'meme' tentang gangguan perkhidmatan itu, sehingga menyebabkan 'Spotify' menjadi perkataan 'trending' ketujuh di AS.
Pada awal tahun ini, Spotify mengalami dua gangguan buat seketika. Pada Januari, Downdetector melaporkan bahawa gangguan platform penstriman audio itu menjejas 45,000 pengguna di Amerika Syarikat.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.