'Spiderman Perancis' panjat pencakar langit Paris tanda bantah undang-undang pencen
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Thomas Samson)
PARIS: Seorang pendaki bebas dikenali sebagai "Spiderman Perancis" memanjat pencakar langit setinggi 38 tingkat di Paris pada Rabu (19 Apr).
Perbuatan itu bertujuan untuk menunjukkan sokongannya kepada para penunjuk perasaan yang marah terhadap undang-undang pencen yang akan menangguhkan usia persaraan di Perancis.

Alain Robert, 60 tahun, memanjat tanpa menggunakan tali keselamatan, dan hanya menggunakan tangan dan sepasang kasut memanjat.
"Saya berada di sini untuk menunjukkan sokongan saya kepada mereka yang membantah pembaharuan dasar pencen itu," katanya kepada Reuters sebelum mula memanjat pencakar langit setinggi 150 meter di daerah perniagaan La Defense, Paris.
Encik Robert berkata pembaharuan dasar pencen yang ditandatangani Encik Macron sebagai satu undang-undang sah pada hujung minggu lalu, selepas berlakunya tunjuk perasaan berbulan-bulan, serta kehilangan pendapatan akibat COVID-19, bermakna dia harus teruskan bekerja, dan memanjat, lebih lama.
Di bawah pembaharuan itu, usia persaraan Perancis dinaikkan dari 62 ke 64.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.