SPF akan beri kerjasama kepada pihak berkuasa Indonesia dalam siasatan penyeludupan bayi
Anggaran Waktu Membaca:
Polis belum terima laporan tempatan berhubung sindiket ini. (Gambar hiasan: AWANI)
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) akan memberikan kerjasama sewajarnya kepada pihak berkuasa Indonesia, selaras dengan peruntukan undang-undang, menyusuli penahanan beberapa suspek yang disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan bayi yang dikaitkan dengan Singapura.
SPF dalam kenyataan kepada Bernama menyatakan pihaknya sudah menghubungi pihak berkuasa Indonesia untuk mendapatkan maklumat berkaitan dakwaan itu.
“Polis tidak menerima sebarang laporan tempatan mahupun maklumat berkaitan bayi yang diseludup masuk ke Singapura dari Indonesia.
"Bagaimanapun, kami maklum mengenai laporan media yang mendakwa wujud sindiket penyeludupan bayi yang mempunyai kaitan dengan Singapura,” kata jurucakap SPF kepada pertanyaan Bernama.
Polis Indonesia pada Selasa memaklumkan bahawa 12 suspek ditahan berhubung sindiket penyeludupan bayi itu dan enam bayi berjaya diselamatkan.
Menurut Pengarah Siasatan Jenayah Umum Polis Jawa Barat, Pesuruhjaya Surawan, seorang daripada suspek mendedahkan bahawa lima daripada bayi yang diselamatkan itu dijadualkan dihantar ke Singapura menggunakan dokumen palsu.
Kumpulan berkenaan dipercayai sudah menjual sekurang-kurangnya 25 bayi sejak 2023, dengan 15 daripadanya dilaporkan dihantar ke Singapura, menurut laporan BBC News Indonesia.
Seorang lagi suspek ditahan pada 15 Julai, dan pihak polis masih mengesan tiga suspek lain yang dipercayai berada di luar negara, lapor Metro TV.
Siasatan yang bermula selepas seorang ibu bapa membuat laporan berkaitan penculikan bayi, membawa kepada pendedahan rangkaian penyeludupan lebih besar melibatkan bayi yang dipercayai berasal dari pelbagai kawasan di Jawa Barat.

Sumber : Bernama/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.