Skip to main content

Dunia

Speaker parlimen Sri Lanka terima peletakan jawatan Gotabaya Rajapaksa

Anggaran Waktu Membaca:
Speaker parlimen Sri Lanka terima peletakan jawatan Gotabaya Rajapaksa

Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa (tengah) menyampaikan ucapan kepada negara semasa sambutan Hari Kemerdekaan ke-74 Sri Lanka d Colombo pada 4 Feb 2022. (Gambar: AFP)

COLOMBO: Speaker parlimen di Sri Lanka, yang dilanda krisis, menerima surat peletakan jawatan daripada Presiden Gotabaya Rajapaksa.

Beliau mengesahkan kesahihan surat tersebut selepas ia diserahkan melalui emel dari Singapura pada lewat Khamis (14 Jul), beliau memberitahu wartawan.
Negara itu akan beralih secara perlembagaan dan melantik presiden baru "dengan cepat dan berjaya," kata speaker, Mahinda Yapa Abeywardena, pada Jumaat (15 Jul).

Encik Rajapaksa tiba di Singapura selepas singgah di Maldives, selepas beliau melarikan diri dari Sri Lanka di tengah-tengah pergolakan ketika negara itu bergelut dengan krisis ekonomi yang paling teruk dalam beberapa dekad.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita