Skip to main content

Dunia

Speaker Dewan Rakyat sahkan kedudukan Hamzah, tempat duduk Muhyiddin berubah

Anggaran Waktu Membaca:
Speaker Dewan Rakyat sahkan kedudukan Hamzah, tempat duduk Muhyiddin berubah

Parlimen Malaysia. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Jun 2026 05:09PM
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Dr Johari Abdul mengesahkan bahawa beliau sudah menerima surat makluman berhubung kedudukan Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang.

Beliau ketika dihubungi Bernama turut memaklumkan mesyuarat Dewan Rakyat yang bermula Isnin (22 Jun) akan melibatkan beberapa pertukaran tempat duduk Ahli Parlimen.

Ia termasuk tempat duduk Ahli Parlimen Pagoh yang juga Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin yang dibuat atas permintaannya sendiri.

Berdasarkan pelan tempat duduk Ahli Parlimen di laman rasmi Parlimen yang dikemas kini hingga 19 Jun, Encik Muhyiddin kini ditempatkan di Blok E di dalam Dewan Rakyat.

Kedudukan Encik Hamzah sebagai Ketua Pembangkang kekal tidak berubah di barisan hadapan blok pembangkang dan ditempatkan bersebelahan Ahli Parlimen Kemaman merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sebelum ini, Presiden PAS Abdul Hadi Awang ketika Konvensyen Reset Malaysia memaklumkan bahawa Encik Hamzah kembali menggalas tugas sebagai Ketua Pembangkang.

Menurut takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 berlangsung dari 22 Jun hingga 16 Julai depan.
Sumber : Bernama/AW/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita