Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Speaker Dewan Rakyat minta parti politik kemuka surat akuan berkanun

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, meminta Uparti politik yang menang jumlah kerusi cukup besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), mengemukakan nama-nama parti dan ahli Parlimen bebas (sekiranya ada), yang bersetuju menganggotai gabungan yang mempunyai sekurang-kurangnya 112 kerusi, bagi menubuhkan kerajaan Persekutuan melalui surat akuan berkanun.

Beliau berkata perkara itu sudah beliau maklumkan kepada ketua-ketua dan setiausaha-setiausaha parti berkenaan, melalui surat yang diutuskan hari ini (20 Nov) bagi menjunjung perintah Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Mereka juga diminta menamakan seorang daripada ahli Dewan Rakyat dalam gabungan mereka, yang diberi kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 melalui surat akuan berkanun dari setiap ahli Dewan Rakyat yang menganggotai gabungan tersebut, yang dinyatakan dengan terang dan jelas,” katanya dalam kenyataan pada Ahad (20 Nov).

Encik Azhar berkata dokumen-dokumen tersebut perlu diserahkan ke Istana Negara selewat-lewatnya esok sebelum pukul 2.00 petang.

Sebelum itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata Yang di-Pertuan Agong menerima maklum bahawa pada PRU15 semalam, tiada gabungan parti politik yang berjaya memperoleh majoriti mudah kerusi Parlimen.

Menurutnya, Agong meminta semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada PRU15, memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti, dan menamakan calon perdana menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baharu sebelum 2.00 petang, esok (21 Nov).
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan