Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Speaker Dewan Rakyat akan bincang dengan PM Anwar tarikh pembukaan Parlimen ke-15

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai tarikh pembukaan persidangan Parlimen ke-15, dalam masa terdekat.

Beliau menjangkakan persidangan pertama Parlimen selepas pembentukan kerajaan baru diadakan pada bulan depan.

"Saya rasa perhatian utama sekarang ialah bagi pembentangan bajet mini bagi menjamin operasi negara berjalan lancar bagi Januari 2023, jadi ia (persidangan) perlu dibuat sebelum tahun baharu (2023)," katanya.

Beliau berkata kepada wartawan selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara, pada Khamis (24 Nov).

Encik Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada Khamis.
Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata satu sesi sidang khas Parlimen perlu diadakan bagi membentangkan belanjawan khas atau mini Bajet 2023 antaranya untuk membayar gaji penjawat awam sebelum 31 Disember.

Bajet 2023 dibentangkan pada 7 Oktober lalu oleh Menteri Kewangan ketika itu Tengku Zafrul Abdul Aziz dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion (S$ 114 bilion) manakala Parlimen dibubarkan tiga hari selepas itu bagi memberi memberi laluan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan