Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SpaceX lancar stesen angkasa komersil pertama pertengahan 2025

Anggaran Waktu Membaca:
SpaceX lancar stesen angkasa komersil pertama pertengahan 2025

(Gambar: AFP/Patrick T. Fallon)

Diterbitkan : 11 May 2023 09:08PM Dikemas Kini : 11 May 2023 10:16PM
WASHINGTON: SpaceX pada Rabu (11 Mei) mengesahkan ia menandatangani kontrak untuk melancarkan stesen angkasa komersial pertama di dunia.

Syarikat berkenaan turut akan melakukan penerbangan angkasa lepas dikendalikan manusia sejurus selepas melancarkan stesen itu ke orbit selewat-lewatnya Ogos 2025, lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan SpaceX.

Stesen angkasa Haven-1 sedang dibangunkan oleh Vast, sebuah syarikat aeroangkasa persendirian berpangkalan di Long Beach, California.

"Misinya adalah untuk menyumbang kepada masa depan yang berbilion manusia hidup dan berkembang maju di angkasa, masa depan populasi manusia dan sumber kita berkembang jauh melebihi imaginasi semasa kita," menurut kenyataan itu.

Vast dibiayai sepenuhnya oleh hartawan yang juga pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Jed McCaleb.

SpaceX akan menggunakan roket Falcon 9 untuk membawa stesen Haven-1 ke orbit.

Kru SpaceX kemudiannya akan menggunakan kapal angkasa Dragon yang boleh diguna semula syarikat itu untuk sampai ke stesen angkasa dan berada di orbit sehingga 30 hari.

SpaceX juga akan menyediakan latihan kru, serta sut angkasa dan latihan masuk dan keluar kapal angkasa selain menjalankan simulasi misi sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan Vast.

Pemilihan kru sedang dijalankan dan mereka yang terpilih akan diumumkan kemudian.
Sumber : Bernama/AW/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan