Southwest Airlines minta maaf kepada budak perempuan kerana persendakan namanya
Di Amerika Syarikat, syarikat penerbangan Southwest Airlines meminta maaf kepada seorang budak perempuan bernama Abcde Redford (yang disebut "ab-city") kerana mempersendakan namanya, lapor ABC7 pada Rabu (28 Nov).
EL PASO, Texas: Di Amerika Syarikat, syarikat penerbangan Southwest Airlines meminta maaf kepada seorang budak perempuan bernama Abcde Redford (yang disebut "ab-city") kerana mempersendakan namanya, lapor ABC7 pada Rabu (28 Nov).
Ejaan nama Abcde memang agak ganjil, menggunakan lima huruf pertama dalam abjad.
Menurut laporan media tempatan, kejadian itu berlaku semasa Abcde hendak menaiki pesawat di Lapangan Terbang John Wayne di California.
Seorang pekerja di pintu dewan berangkat mempersendakan nama Abcde setelah melihat ejaannya di pas naik pesawat.
Bahkan pekerja itu mengambil gambar pas tersebut dan memuatnaiknya di laman Facebook.
Syarikat penerbangan itu sudah mengeluarkan kenyataan kepada ABC7 bagi memohon maaf atas insiden tersebut, sambil menambah bahawa ia sudah "mengambil tindakan terhadap kakitangan yang terlibat".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.