Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SOP VTL udara guna kaedah 'uji & gerak lalu' di M'sia berkuat kuasa hari ini

Prosedur operasi standard (SOP) kesihatan bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dengan pengangkutan udara antara Malaysia dengan Singapura, Thailand dan Kemboja diseragamkan serta dilaksanakan berasaskan kaedah ‘uji dan gerak lalu’, berkuat kuasa hari ini (16 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

PUTRAJAYA: Prosedur operasi standard (SOP) kesihatan bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dengan pengangkutan udara antara Malaysia dengan Singapura, Thailand dan Kemboja diseragamkan serta dilaksanakan berasaskan kaedah ‘uji dan gerak lalu’, berkuat kuasa hari ini (16 Mac).

Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong berkata menerusi kaedah itu, para pelawat tidak perlu menunggu keputusan ujian COVID-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Beliau berkata para pelawat hanya perlu menjalani pengambilan calitan ujian COVID-19 semasa ketibaan dan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke tempat penginapan masing-masing seperti mana yang diisytiharkan dalam aplikasi MySejahtera Perintah Pengawasan dan Pemerhatian dengan menaiki kenderaan pengangkutan persendirian, teksi atau kereta sewa persendirian.

“Pengembara seterusnya perlu mengasingkan diri sementara menunggu keputusan ujian COVID-19 yang akan diperolehi dalam tempoh 24 jam. 

"Setelah keputusan negatif diperoleh, pengembara dibenarkan untuk menjalankan aktiviti mereka,” katanya dalam kenyataan pada Selasa (15 Mac).

Encik Wee berkata sekiranya keputusan positif diperolehi, para pelawat tersebut akan mengikuti protokol kesihatan sedia ada yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, Kementerian Pengangkutan melaksanakan penyeragaman SOP kesihatan berdasarkan kepada penilaian risiko semasa dan persetujuan oleh KKM. 

“Penyeragaman ini adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengembara VTL melalui pengangkutan udara yang memasuki Malaysia dan memudahkan aspek penguatkuasaan di lapangan terbang,” katanya.

Butiran lanjut mengenai syarat prapelepasan dan kemasukan ke Malaysia yang sudah dikemas kini boleh diperolehi di laman web Jabatan Imigresen www.imi.gov.my.

Sebelum ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Malaysia akan memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ serta pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April ini.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan