Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SOP di sempadan darat Thailand-Malaysia jamin kesihatan awam

Anggaran Waktu Membaca:

SONGKHLA: Pembukaan semula dua pintu sempadan darat Thailand-Malaysia pada 1 April akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pelancong serta penduduk tempatan sentiasa terpelihara.

Timbalan Gabenor Wilayah Songkhla Amphon Pongsuwan berkata bermula 1 April, dua pintu sempadan Sadao (wilayah Songkhla)-Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan Wang Prachan (Satun)-Wang Kelian (Perlis) akan dibuka semula kepada pelancong yang lengkap vaksin COVID-19.

Beliau berkata semua pelancong yang bakal memasuki melalui pintu sempadan darat di bawah program "Test & Go" perlu memohon - "Pas Thailand" secara online sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum perjalanan.

Di bawah program "Test & Go" juga pelawat perlu membuat tempahan awal di hotel yang ditetapkan serta melakukan ujian RT-PCR pada hari pertama ketibaan dan ujian antigen kendiri pada hari kelima.

Selain itu, mereka perlu membeli insurans perubatan dengan perlindungan minimum AS$20,000 (S$27,162) kata beliau.

"Pelancong yang memasuki Thailand melalui pintu masuk Sadao boleh membawa kenderaan persendirian dari Malaysia.

"Syarat-syarat ini penting kerana kesihatan awam adalah keutamaan kami,” kata beliau ketika dihubungi Bernama.

Bermula 1 April, Amphon berkata pelancong antarabangsa yang lengkap vaksinasi tidak perlu sertakan ujian COVID-19, 72 jam sebelum perjalanan ke Thailand.

Selain itu pintu sempadan darat Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai juga dijadual menerima kedatangan pelancong antarabangsa bermula 1 April.

Rakyat Malaysia menjadi kumpulan terbesar pelancong ke negara itu sebelum pandemik COVID-19. Pada 2019, Thailand mencatat hampir 40 juta pengunjung termasuk 4.1 juta pelawat dari Malaysia.

Untuk merancakkan industri pelancongan terutama di wilayah selatan, Menteri Pelancongan dan Sukan, Phiphat Ratchakitprakarn berkata Thailand bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk membuka semula semua pintu sempadan darat dengan Malaysia menjelang 1 Mei.

Phiphat berkata kementerian akan mencadangkan kepada Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) untuk membuka semula lebih banyak pintu masuk antara kedua-dua negara.

Dalam lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob, ke Thailand pada 25 Februari lalu, Malaysia dan Thailand secara dasarnya bersetuju melaksanakan perjalanan bebas kuarantin udara, darat dan laut menerusi Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) dan skim "Test & Go".

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan