Sony naikkan harga PS5 susuli perkembangan ekonomi sejagat

(Gambar: Philip Fong/AFP)
ANKARA: Sony akan menaikkan harga runcit konsol permainan video PlayStation 5 di beberapa pasaran terpilih menyusuli perkembangan ekonomi sejagat seperti inflasi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sony Interactive Entertainment pada Khamis (25 Ogos).
"Kami menyaksikan kadar inflasi global yang tinggi, serta aliran mata wang yang rendah, memberi kesan kepada pengguna dan mewujudkan tekanan terhadap pelbagai industri," tulis Jim Ryan dalam blog, menurut Agensi Anadolu (AA).
Kenaikan harga hanya akan dikenakan di pasaran terpilih di Eropah, Timur Tengah dan Afrika, Asia-Pasifik, Amerika Latin dan Kanada, namun tiada peningkatan harga runcit di Amerika Syarikat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.