Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Solat tarawih, bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan ikut SOP di M'sia

Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri dibenarkan beroperasi di seluruh Malaysia bagi menyambut ketibaan Ramadan pada tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Solat tarawih, bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan ikut SOP di M'sia

Gambar hiasan sebuah masjid di Malaysia. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 16 Mar 2021 10:44PM Dikemas Kini : 16 Mar 2021 10:47PM

KUALA LUMPUR: Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri dibenarkan beroperasi di seluruh Malaysia bagi menyambut ketibaan Ramadan pada tahun ini.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob yang turut memaklumkan solat tarawih juga dibenarkan.

"Setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM), kita membenarkan ketiga-tiga aktiviti ini mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP) ketat," katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa (16 Mac).

Bagi SOP Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri, beliau berkata peniaga serta pengunjung perlu mematuhi SOP termasuk jarak antara gerai, pintu masuk dan keluar berbeza, mengimbas suhu, aplikasi MySejahtera serta SOP lain yang ditetapkan.

SOP itu akan dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri masing-masing.

Waktu operasi Bazar Ramadan ialah dari 3.00 petang hingga 8.00 malam manakala bagi Bazar Aidilfitri pula, dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Bagi solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau di seluruh negara, jumlah kehadiran jemaah adalah tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri.

Dalam pada itu, Encik Ismail Sabri berkata pergerakan keluar masuk pelajar dari kawasan universiti atau institusi pendidikan pula tertakluk kepada kebenaran pihak institusi terbabit.

"Memang mereka ada kuasa autonomi demi menjaga keselamatan pelajar sama seperti pengurusan kediaman, jika ada sekatan keluar pelajar atau masuk orang luar, universiti berhak untuk mengadakan peraturan ketat demi menjaga keselamatan pelajar," katanya. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan