Solat jenazah ghaib dilakukan bagi Jamal Khashoggi di Makkah dan Madinah
Solat jenazah ghaib dilakukan bagi Allahyarham Jamal Khashoggi di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada Jumaat (16 Nov).

(Gambar fail: BERITAmediacorp)
JEDDAH: Solat jenazah ghaib dilakukan bagi Allahyarham Jamal Khashoggi di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada Jumaat (16 Nov).
Para jemaah Masjidil Haram di Makkah mengerjakan solat jenazah ghaib bagi Allahyarham Khashoggi sejurus selepas solat Jumaat manakala para jemaah di Masjid Nabawa melakukan solat tersebut selepas solat subuh pada pagi itu, lapor Arab News.
Solat itu dilakukan sehari selepas pendakwa raya Arab Saudi mengatakan bahawa beliau meminta hukuman mati dijatuhkan terhadap lima daripada 11 suspek yang didakwa membunuh Allahyarham.
Allahyarham Khashoggi dibunuh di bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober. Menurut Arab News, arwah diberi suntikan membawa maut selepas bergelut dengan mereka yang menangkapnya. Jenazah kemudian dikerat-kerat dan dibawa keluar dari bangunan tersebut, kata pendakwa raya kepada para wartawan di Riyadh pada Khamis (15 Nov).
Siasatan terhadap kes Khashoggi akan diteruskan dan Menteri Luar Adel Al-Jubeir berkata pada Khamis (15 Nov) bahawa negara itu komited menghukum mereka yang bersalah, lapor laman itu lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.