Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Soalan kertas peperiksaan SPM bocor menerusi WhatsApp

Kertas soalan mata pelajaran Sejarah bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 didakwa bocor, hanya beberapa minit sebelum para pelajar mendudukinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Soalan kertas peperiksaan SPM bocor menerusi WhatsApp

Gambar fail logo WhatsApp pada sebuah telefon bijak. (Gambar: AFP/Yasuyoshi Chiba)

Diterbitkan : 25 Feb 2021 10:20AM Dikemas Kini : 25 Feb 2021 10:22AM

KUALA LUMPUR: Kertas soalan mata pelajaran Sejarah bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 didakwa bocor, hanya beberapa minit sebelum para pelajar mendudukinya.

Demikian menurut laporan The Star, yang menyatakan topik bagi soalan Kertas 2 Sejarah itu didakwa tersebar menerusi aplikasi WhatsApp sebelum para calon menduduki peperiksaan pada pukul 10.00 pagi semalam (24 Feb).

Antara topik yang dikatakan bocor membabitkan 'Penentangan di Perak', 'Maritim' dan 'Wawasan 2020', lapor akhbar itu lagi.

Mata pelajaran Sejarah merangkumi Kertas 1 dan Kertas 2. Ia merupakan mata pelajaran teras yang mesti diambil para pelajar.

Lebih 401, 000 calon menduduki peperiksaan SPM itu tahun ini, lapor The Star.

Kementerian Pendidikan Malaysia setakat ini belum mengeluarkan maklum balas mengenai dakwaan dalam laporan itu.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan