Soalan berhubung PM Anwar bawa tuah kepada lelaki warga India ini
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: kingmshahrul1/TikTok)
MUMBAI: Seorang lelaki warga India memenangi hadiah wang tunai selepas berjaya menjawab soalan mengenai Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim dalam program "Who Wants to Be a Millionaire".
Rancangan dalam versi bahasa Hindi yang dihoskan oleh pelakon legenda Bollywood, Amitabh Bachchan itu mula menjadi bualan netizen Malaysia, lapor agensi berita Astro Awani.
Dalam klip berkenaan, pengacara Amitabh Bachan dilihat bertanya kepada peserta, Nipun Rajan, "di negara mana pada 2022, Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri?"
Pilihan yang disediakan ialah Iraq, Malaysia, Bahrain dan Indonesia.
Nipun betul memilih Malaysia sebagai jawapan tepat seterusnya berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah 640,000 Rupee (S$10,420), lapor agensi berita Astro Awani.
Menurut laman Wiki-fandom untuk rancangan permainan itu, Nipun muncul dalam episod "Kaun Banega Crorepati" yang disiarkan pada 23 Disember lalu.
Dalam program itu, Nipun berjaya menjawab 11 daripada 17 soalan diajukan dan meninggalkan pentas dengan wang terkumpul sebanyak 640,000 rupee (S$ 10,420) selepas gagal menjawab soalan ke 12.
Menurut laporan agensi berita Astro Awani, rata-rata rakyat Malaysia berasa teruja dan bangga kerana Perdana Menteri ke-10 dipaparkan dalam program terkenal itu.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.