SM Tharman gesa diwujudkan pelan bertindak urus isu air
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)
NEW YORK: Masyarakat antarabangsa perlu menggembleng keupayaan kewangan dan memberikan sokongan kepada usaha menyelesaikan krisis bekalan air sejagat.
Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam menyarankan demikian di Persidangan Air 2023 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat pada Sabtu (25 Mac).
Beliau berucap pada hari terakhir acara itu dalam sebuah dialog mengenai peri pentingnya bekalan air dalam pembangunan mampan.
Menurut Encik Shanmugaratnam, negara-negara perlu mengekalkan momentum, hasil daripada persidangan itu.
Beliau menggariskan beberapa cara untuk mencapai agenda tindakan air, antaranya melalui pelantikan Utusan Khas PBB bagi urus isu bekalan air.
Selain itu, terdapat juga keperluan bagi lebih banyak pelaburan dalam bekalan air dengan menyalurkan dana dan subsidi antarabangsa.
Menurutnya lagi, bagi tujuan itu, kerjasama pelbagai pihak adalah penting.
Beliau turut menekankan peri pentingnya memastikan wujud kebertanggungjawapan.
"Kami menyeru Setiausaha Agung PBB agar mewujudkan pelan bertindak mengenai isu air dan memastikan ia dapat diselaraskan dengan proses antara agensi pemerintah yang lain, terutamanya yang berkaitan dengan iklim, biodiversiti, jaminan bekalan makanan, tenaga, dan khususnya untuk memastikan air kekal sebagai tonggak yang menghubungkan hasil sidang puncak SDG (matlamat pembangunan mampan) dan air membantu membentuk kerjasama berbilang negara yang baru dan lebih berkesan," kata Encik Tharman.

Sumber : CNA/HA/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.