Slovenia ikut jejak Sepanyol, Ireland dan Norway iktiraf Palestin
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Dr Robert Golob)
LUBLJANA: Pemerintah Slovenia pada Khamis (30 Mei) meluluskan keputusan untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka, menurut Perdana Menteri Robert Golob, sekali gus mengikut langkah Sepanyol, Ireland dan Norway.
Tindakan tersebut dikecam oleh Israel.
Menteri Luar Israel Katz berkata keputusan itu seolah-olah mewajarkan tindakan Hamas membunuh dan merogol, sambil merujuk kepada serangan kumpulan tersebut ke atas Israel pada 7 Oktober lalu yang mencetuskan perang di Gaza.
“Hari ini, pemerintah telah memutuskan untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat,” kata Encik Golob pada sidang media di Ljubljana.
Parlimen negara anggota Kesatuan Eropah (EU) itu juga mesti meluluskan keputusan pemerintah negara tersebut dalam masa beberapa hari akan datang.
Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha lebih luas oleh negara-negara dunia untuk menyelaraskan tekanan ke atas Israel bagi menamatkan konflik di Gaza.
Encik Golob juga menggesa agar permusuhan dihentikan serta-merta antara Israel dan Hamas di Gaza dan untuk kedua-dua pihak membebaskan para tebusan dan tahanan.
Pada 28 Mei, Sepanyol, Ireland dan Norway secara rasmi mengiktiraf Palestin, yang mencetuskan kemarahan Israel.
Daripada 27 anggota Kesatuan Eropah (EU), Sweden, Cyprus, Hungary, Republik Czech, Poland, Slovakia, Romania dan Bulgaria telah mengiktiraf Palestin. Malta akan menyusul tidak lama lagi.
Britain dan Australia juga sedang menimbangkan untuk berbuat demikian tetapi Perancis menegaskan bahawa sekarang bukan masanya.
Jerman menyertai sekutu utama Israel, Amerika Syarikat, menolak pendekatan sepihak itu, dengan menegaskan huraian dua negara hanya boleh dicapai melalui dialog.
Parlimen Denmark pada Selasa menolak rang undang-undang untuk mengiktiraf Palestin.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.