Skip to main content

Dunia

Skype tamat operasi 5 Mei; pengguna digalak beralih ke Microsoft Teams

Anggaran Waktu Membaca:
Skype tamat operasi 5 Mei; pengguna digalak beralih ke Microsoft Teams

Logo Skype. (Gambar: AFP/Kirill KUDRYAVTSEV)

Diterbitkan : 01 Mar 2025 07:17AM Dikemas Kini : 01 Mar 2025 07:18AM
WASHINGTON: Aplikasi Skype bakal menamatkan operasinya pada 5 Mei ini selepas 21 tahun beroperasi.

Menurut laporan CNBC, syarikat perisian Microsoft menggalakkan pengguna beralih ke aplikasi Microsoft Teams, yang ditawarkan secara percuma sebagai alternatif utama.

Sebagai perintis dalam teknologi panggilan audio dan video di web, Skype pernah menjadi platform utama pada awal era 2000-an.

Namun, ia gagal menyesuaikan diri dengan perubahan era digital, terutamanya dalam penggunaan mudah alih ketika pandemik.

Presiden Aplikasi dan Platform Kolaboratif Microsoft 365, Jeff Teper, menjelaskan pembangunan Microsoft Teams, yang diperkenalkan lapan tahun lalu, banyak mengambil inspirasi daripada teknologi Skype.

"Banyak inovasi dalam Teams dibangunkan berdasarkan pengalaman kami dengan Skype," katanya dalam temu bual bersama CNBC.

Encik Teper turut memaklumkan bahawa pengguna juga berupaya memindahkan semua kenalan dan data Skype ke Teams dengan log masuk ke aplikasi baharu itu.

Syarikat itu akan menghentikan penjualan langganan bulanan Skype, namun pengguna yang mempunyai kredit masih boleh menggunakannya dalam Microsoft Teams.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita