Skuter kecemasan ditempatkan di Masjid Nabawi, tawar bantuan perubatan segera kepada jemaah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: SPA)
MADINAH: Kluster Kesihatan di Madinah melancarkan khidmat skuter kecemasan di Masjid Nabawi bagi membolehkan ahli paramedik menyediakan bantuan perubatan segera kepada para jemaah di bulan Ramadan, lapor Saudi Press Agenci (SPA) pada Sabtu (8 Mac).
Dengan beribu-ribu jemaah memenuhi perkarangan masjid, pasukan perubatan menghadapi kesukaran bergerak melalui orang ramai.
Justeru, skuter itu akan memudahkan mereka "bergerak di kawasan sibuk, menangani kes-kes kecemasan dan membawa pesakit ke hospital dan pusat jagaan berhampiran jika perlu," menurut SPA.
91 individu sudah pun meraih manfaat daripada khidmat itu sejak ia dilancarkan, lapor SPA.
Kesemua individu itu dirujuk ke kemudahan jagaan kesihatan di bahagian tengah, termasuk Endowmen Kesihatan Al-Shifa, Hospital Kecemasan Haram dan Pusat Jagaan Kecemasan Safiyyah dan Bab Jibreel.
Inisiatif baharu itu "mencerminkan usaha Kluster Kesihatan di Madinah terhadap menjaga keselamatan dan kesejahteraan jemaah," menurut SPA.

Sumber : Agensi berita/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.