Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri M'sia dikuat kuasa 15 Apr
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2023 berkuat kuasa 15 hingga 30 April, lapor Astro AWANI.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub berkata, sebanyak 30 jenis barangan akan disenaraikan di bawah skim berkenaan.
Skim tersebut juga turut meliputi enam jenis barangan daripada kategori ayam dan telur di bawah Penentuan Harga Maksimum yang telah berkuat kuasa sejak 5 Februari lalu.
“Tempoh pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2023 kali ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga.
“Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama.
“SHMMP Hari Raya Puasa 2023 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 yang membolehkan penentuan harga dibuat.
"Harga maksimum yang telah ditetapkan untuk SHMMP Hari Raya Puasa 2023 di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui laman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri 2 dan Kos Sara Hidup di https://www.kpdn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Astro AWANI pada Rabu (12 Apr).
Mengulas lanjut, Encik Salahuddin berkata, kementeriannya juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi memastikan harga barangan terkawal serta bekalan mencukupi.
Tegasnya lagi, mana-mana pihak yang didapati melanggar arahan yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan sedia ada.
Ini termasuk tindakan terhadap kesalahan gagal meletakkan tanda harga bagi barangan terkawal.
“Individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 (S$30,186) atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 (S$15,093) dan syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 (S$150,923) atau dikompaun sehingga RM250,000 (S$75,465).
“Kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal, individu boleh didenda sehingga RM10,000 (S$3,019) atau dikompaun sehingga RM5,000 (S$1,509) manakala syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 (S$6,037) atau dikompaun sehingga RM 10,000 (S$3,019),” katanya lagi.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.