Skip to main content

Dunia

Skandal projek bernilai RM30 juta; 2 individu bebas reman

Mahkamah Majistret hari ini (23 Mac) membebaskan dua suspek termasuk pegawai kanan sebuah badan berkanun yang direman berhubung skandal projek melibatkan badan berkanun itu yang dianggarkan bernilai lebih RM30 juta (S$10 juta).

Anggaran Waktu Membaca:
Skandal projek bernilai RM30 juta; 2 individu bebas reman

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 23 Mar 2019 01:18PM Dikemas Kini : 23 Mar 2019 01:20PM

PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret hari ini (23 Mac) membebaskan dua suspek termasuk pegawai kanan sebuah badan berkanun yang direman berhubung skandal projek melibatkan badan berkanun itu yang dianggarkan bernilai lebih RM30 juta (S$10 juta).

Majistret Md. Bukhori Md. Roslan membenarkan pegawai kanan badan berkanun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala seorang lagi suspek dengan jaminan RM30,000 (S$10,000) berserta seorang penjamin.

Sementara itu, seorang lagi pengarah syarikat teknologi maklumat (IT) yang direman berhubung kes sama sudah dibebaskan semalam (22 Mac) dengan jaminan SPRM.

Pada Selasa lalu, ketiga-tiga suspek lelaki direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Media sebelum ini melaporkan suspek-suspek ditahan kira-kira jam 11.00 pagi pada Isnin lalu di pejabat dan rumah mereka di sekitar Petaling Jaya, Selangor serta ibu negara.

Katanya, pegawai kanan berpangkat pengarah itu dipercayai bersubahat dengan dua syarikat IT terbabit bagi mendapatkan kelulusan menawarkan perkhidmatan perisian sijil diakui sah tanpa mengikut peraturan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurutnya lagi, dua pengarah syarikat terbabit pula dipercayai sudah mengaut keuntungan dengan melakukan perkhidmatan perisian tanpa mengikut peraturan SKMM.

Semalam, dua lagi suspek iaitu pegawai kanan SSM dan seorang pengarah syarikat perundingan IT juga direman lima hari sehingga 26 Mac ini membabitkan kes sama.

Kes kini disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita