Skandal 1MDB: Jabatan Keadilan Amerika Syarikat fail aduan baru dapatkan semula AS$38 juta
Dana 1MDB, Malaysia kini berdepan dengan lebih banyak tekanan.
WASHINGTON: Dana 1MDB, Malaysia kini berdepan dengan lebih banyak tekanan.
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat sudah menfailkan aduan baru untuk mendapatkan kembali sekitar AS$38 juta (S$51 juta) berbentuk aset-aset yang dikaitkan dengan 1MDB.
Ini menjadikan jumlah wang yang dituntut oleh Washington daripada 1MDB sebanyak AS$1.7 bilion (S$2.3 bilion).
Secara keseluruhannya, Jabatan Keadilan Amerika mendakwa, hampir AS$4.5 bilion (S$6.08 bilion) sudah digelapkan daripada dana pelaburan Malaysia itu.
Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak yang mengasaskan 1MDB, kini menghadapi 42 tuduhan pengubahan wang haram, menyalahgunakan kuasa dan pecah amanah.
Beliau mengaku tidak bersalah terhadap kesemua tuduhan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.