Situasi kemanusiaan Gaza kian getir; tiada zon selamat untuk larikan diri: Mantan pelapor khas PBB
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Hatem Ali/AP
GAZA: Situasi kemanusiaan di Gaza kini genting dan tiada zon yang selamat di wilayah Palestin itu.
Demikian menurut Profesor Michael Lynk, yang pernah menjadi pelapor khas mengenai hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di wilayah Palestin yang ditakluki itu.
Pertubuhan-pertubuhan bantuan global menyeru supaya gencatan senjata berkekalan dikuatkuasakan di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang bertambah buruk di Gaza.
Mereka juga memberi amaran bahawa tiada lagi tempat yang selamat bagi penduduk Gaza.
Mengenai tempat-tempat yang digelarkan sebagai "zon selamat" untuk para penduduk Gaza, Profesor Lynk berkata kawasan itu "tidak mempunyai sebarang kemudahan yang boleh menampung beratus-ratus atau beribu-ribu atau lebih daripada sejuta pelarian Palestin".
"Tidak ada tempat untuk menyediakan bekalan makanan kepada mereka, untuk memberi mereka bekalan air, menyediakan sanitasi, (dan) untuk menyediakan apa-apa jenis tempat perlindungan sekarang menjelang musim sejuk di kawasan Mediterranean," katanya kepada CNA Asia First pada Rabu (6 Dis).
"Kami mempunyai hampir dua juta penduduk yang bersesakan di kawasan selatan, di tengah-tengah pertempuran sengit yang sedang berlaku, dengan tentera Israel semakin menuju ke kawasan selatan dan kebanyakan daripada batalion Hamas bersiap siaga untuk menggempur mereka," tambahnya.

Sumber : CNA/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.