Situasi di Gaza makin meruncing, Global Sumud Flotilla 2.0 bakal digerakkan
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan terbabit secara langsung dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 yang bakal disertai lebih 80 negara seluruh dunia.
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan terbabit secara langsung dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 yang bakal disertai lebih 80 negara seluruh dunia.
Beliau berkata pembabitan secara langsung dalam misi itu adalah kesinambungan perjuangan moral antarabangsa, yang menuntut keberanian untuk menegakkan keadilan dan hak kemanusiaan tanpa mengira batas sempadan, bangsa atau agama.
“Insya-Allah, kita akan menggerakkan segala kudrat untuk membantu dan memperjuangkan hak rakyat Palestin. Keadilan ini tidak boleh lagi ditangguhkan demi sebuah Palestin yang bermaruah dan merdeka,” kata beliau dalam satu catatan di Facebook pada Selasa (13 Jan).
Komitmen itu ditegaskan Encik Anwar selepas menerima kunjungan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) yang juga Ketua Aktivis Kemanusiaan Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), Sani Araby bersama Pengasas Sumud Nusantara Nadir Al-Nuri di pejabat beliau di Putrajaya, pada petang Selasa.
Encik Anwar berkata beliau dimaklumkan berhubung situasi kemanusiaan di Gaza yang semakin meruncing akibat sekatan bantuan berpanjangan, ketidaktentuan konflik serta penderitaan rakyat Palestin yang terus dihimpit kekejaman.
Dalam pertemuan itu, Encik Sani dan Encik Nadir turut berkongsi keberhasilan Misi Sumud Nusantara yang berjaya memecahkan kebisuan dunia dan mengangkat suara Gaza ke pentas antarabangsa.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.