Situasi banjir di Johor semakin baik; jumlah mangsa turun kepada 36,086
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Onn Hafiz Ghazi/Facebook)
JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor semakin menunjukkan tanda pulih dengan jumlah mangsa terus berkurangan kepada 36,086 orang setakat 8.00 pagi ini berbanding 37,503 orang direkodkan malam tadi (14 Mac).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataannya memaklumkan sebanyak 10,157 keluarga masih ditempatkan di 116 pusat pemindahan sementara di empat daerah.
"Batu Pahat mencatatkan mangsa teramai iaitu 35,849 orang diikuti Muar (111), Segamat (102) dan Tangkak (24),” menurut kenyataan itu.
JPBN memaklumkan dua sungai di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok setinggi 19.24 meter dan Sungai Senggarang di Senggarang setinggi 3.58 meter.
Cuaca diramalkan cerah di kesemua 10 daerah pada pagi ini.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.