Skip to main content

Dunia

Sistem proses penumpang di lapangan terbang Malaysia 'pulih sepenuhnya' selepas alami gangguan sementara

Malaysia Airports menyatakan pada Selasa (23 Dis) bahawa sebuah sistem pemprosesan penumpang global yang digunakan oleh beberapa penerbangan di seluruh dunia "pulih sepenuhnya" selepas ia mengalami gangguan sementara.
Anggaran Waktu Membaca:
Sistem proses penumpang di lapangan terbang Malaysia 'pulih sepenuhnya' selepas alami gangguan sementara

Para penumpang melihat sebuah pesawat Batik Air di landasan KLIA di Sepang pada 12 Ogos 2025. (Gambar fail: AFP/Mohd Rafsan)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports menyatakan pada Selasa (23 Dis) bahawa sebuah sistem pemprosesan penumpang global yang digunakan oleh beberapa penerbangan di seluruh dunia "pulih sepenuhnya" selepas ia mengalami gangguan sementara.

"Pembekal sistem itu sudah memulihkan sepenuhnya sistem pemprosesan penumpang global di lapangan terbang kami, dan operasi daftar masuk dan menaiki pesawat di lapangan terbang kami sudah kembali beroperasi seperti biasa," menurut pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke Facebook.

"Pasukan lapangan terbang dan penerbangan akan terus memantau situasi bagi memastikan proses itu berjalan lancar. Kami mengucapkan terima kasih kepada para pelawat atas kesabaran dan kerjasama mereka semasa insiden itu berlaku."

Kira-kira dua jam sebelum ini, Malaysia Airports menyatakan gangguan berlaku boleh "menjejas proses daftar masuk dan menaiki pesawat".

"Syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia Airports sudah mengaktifkan prosedur kontingensi dan pasukan lapangan terbang bersedia membantu pemprosesan penumpang jika perlu," ia menyatakan, sambil menambah kios daftar sendiri beroperasi sepenuhnya.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita