Sistem peta bijak interaktif dilancarkan di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram
Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Ketua Pegawai Eksekutif Penguasa Am Bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Ghazi Al-Shahrani, melancarkan sistem peta bijak interaktif di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Sistem tersebut merupakan lonjakan kualitatif dalam panduan ruang dan menyumbang kepada memudahkan pergerakan pengunjung dan jemaah, lapor Saudi Gazette.
Encik Al-Shahrani menjelaskan bahawa perkhidmatan tersebut memudahkan pergerakan pengunjung dan jemaah umrah, serta meningkatkan kecekapan navigasi dalam Dua Masjid Suci dengan menyediakan maklumat masa nyata dan laluan yang dikemas kini, bagi menyokong pergerakan yang selamat dan memperbaiki pengalaman jemaah secara keseluruhan.
Beliau menarik perhatian bahawa langkah tersebut dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha pihak berkuasa untuk memajukan transformasi digital dan memanfaatkan teknologi bijak untuk berkhidmat kepada jemaah.
“Peta interaktif ini adalah sebahagian daripada ekosistem digital bersepadu yang menyediakan panduan berasaskan lokasi, dipacu oleh data operasi langsung yang dipautkan ke bilik operasi, sekali gus membantu mengarahkan pengunjung ke laluan paling sesuai semasa kesesakan atau penutupan sementara,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Transformasi Digital pihak berkuasa tersebut, Dr. Mohammed Al-Saqr berkata fasa perintis peta itu, yang bermula pada Ramadan, disepadukan dengan sistem pengekodan warna dan sistem alamat metrik, yang membahagikan Dua Masjid Suci kepada zon geografi yang jelas bagi menyokong operasi bijak.
Encik Al-Saqr mengatakan bahawa sistem itu merangkumi lebih 950 lokasi berkepentingan yang diagihkan merentasi 13 kategori perkhidmatan, disokong oleh lebih 650 kod QR, dengan keupayaan teknikal untuk menjana lebih 100,000 laluan dinamik yang dioptimumkan secara automatik berdasarkan perubahan pergerakan orang ramai.
Pengarah Penyelesaian Perniagaan pihak berkuasa tersebut, Waheeb Al-Mutrafi, menegaskan bahawa peta tersebut menyokong laporan berasaskan lokasi dan membantu mempercepatkan akses kepada kenderaan elektrik melalui nombor tiket menerusi platform bijak yang dibina berdasarkan data lapangan yang disahkan selama beberapa bulan, seperti dinukil laporan Saudi Gazette.
“Ini meningkatkan kecekapan operasi dan mempertingkat mutu perkhidmatan yang diberikan kepada para jemaah,” tambahnya.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.