Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sistem pengangkutan Jepun terjejas dek salji lebat, angin kencang

Anggaran Waktu Membaca:
Sistem pengangkutan Jepun terjejas dek salji lebat, angin kencang

(Gambar: Kazuhiro Nogi/AFP)

Diterbitkan : 25 Jan 2023 05:33PM Dikemas Kini : 25 Jan 2023 05:33PM
TOKYO: Salji lebat dan angin kencang pada Rabu (25 Jan) terus menjejas banyak bahagian di Jepun, dengan keadaan ribut mengganggu beberapa sistem pengangkutan.

Memandangkan sebahagian besar negara itu kini berhadapan musim paling sejuk dalam tempoh sedekad, pengendali kereta api di laluan utama mengurangkan kekerapan perkhidmatan atau menggantung semua operasi mereka, lapor Xinhua.

East Japan Railway Company menyatakan syarikat tersebut akan menghentikan operasi keretapi Shinkansen antara beberapa stesen di laluan Yamagata sepanjang Rabu dan menggantung operasi di sebahagian daripada perkhidmatan laluan Tohoku.

Kedua-dua laluan keretapi Shinkansen iaitu Tokaido dan Sanyo pula mengalami kelewatan kerana kereta api laju itu akan bergerak lebih perlahan di beberapa bahagian disebabkan keadaan beku.

Beberapa laluan lebuh raya dari Tohoku ke wilayah Kyushu juga ditutup dengan kemungkinan besar lebih banyak lagi laluan akan ditutup kerana diliputi salji.

Jalan utama lain ditutup bagi membersihkan salji, menurut kementerian pengangkutan.

Pemandu digesa mengelak daripada membuat perjalanan yang tidak penting dan sentiasa memantau perubahan cuaca dan keadaan trafik.

Di kawasan yang sudah diliputi salji dan ais, pemandu dinasihatkan untuk menggunakan tayar musim sejuk dan rantai salji jika perlu.

Japan Airlines dan All Nippon Airways juga berkata syarikat penerbangan itu merancang untuk membatalkan ratusan penerbangan pada Rabu dan meminta penumpang menyemak dan mengesahkan penerbangan mereka seawal mungkin.

Agensi Meteorologi Jepun berkata beberapa bahagian di negara itu menyaksikan penurunan suhu ke paras paling rendah dilihat dalam tempoh sedekad.

Cuaca sejuk dijangka berterusan hingga Khamis (26 Jan), kata agensi cuaca itu.
Sumber : Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa