Skip to main content

Dunia

Sistem kuasa kecemasan Boeing 787 berkemungkinan aktif sebelum nahas Air India: Laporan

Anggaran Waktu Membaca:
Sistem kuasa kecemasan Boeing 787 berkemungkinan aktif sebelum nahas Air India: Laporan

Seorang pegawai bomba berdiri di sebelah pesawat Dreamliner Boeing 787-8 Air India yang terhempas, di Ahmedabad, India pada 13 Jun 2025. (Gambar fail: REUTERS/Adnan Abidi/Gambar Fail)

Diterbitkan : 18 Jun 2025 07:02PM Dikemas Kini : 18 Jun 2025 07:03PM
AHMEDABAD: Penyiasat percaya bahawa penjana kuasa kecemasan pesawat Dreamliner Boeing Air India beroperasi apabila ia terhempas minggu lalu di Ahmedabad, India, menurut laporan Wall Street Journal pada Rabu (18 jun), memetik beberapa individu yang mengetahui kes tersebut.

Boeing menyatakan ia akan merujuk kepada Biro Siasatan Kemalangan Pesawat India untuk memberikan komen. Pembuat enjin GE Aerospace tidak memberi sebarang respons.

Kementerian penerbangan awam persekutuan India pula tidak memberi respons segera kepada emel Reuters.

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan WSJ dengan segera.

Sistem tersebut, yang dikenali sebagai Turbin Udara Ram (RAT), menjana elektrik dan tekanan hidraulik untuk memastikan juruterbang boleh mengawal pesawat walaupun kedua-dua enjin gagal.

Penemuan awal menimbulkan persoalan sama ada enjin pesawat berfungsi dengan baik semasa ia berangkat, menurut laporan itu. Dreamliner itu dilengkapi dengan enjin GEnx GE Aerospace.

Pesawat Dreamliner Boeing 787-8 yang membawa 242 orang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Gatwick Britain mula kehilangan altitud beberapa saat selepas ia berangkat.

Hanya seorang penumpang yang terselamat dalam nahas penerbangan terburuk dunia dalam tempoh satu dekad, dengan sekitar 30 kematian di lapangan.

Pengawal selia keselamatan penerbangan India berkata pada Selasa (17 Jun) bahawa pengawasan terhadap armada Boeing 787 Air India tidak mendedahkan sebarang kebimbangan keselamatan yang besar.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita