Sistem kereta api ART Johor dijangka siap pada 2027, sistem kod QR di CIQ Johor bulan depan.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Onn Hafiz Ghazi)
ISKANDAR PUTERI: Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, kos pembinaan bagi sistem pengangkutan awam itu dianggarkan hampir RM7 bilion (S$2 bilion).
“Kita memilih sistem ART bertingkat kerana ia boleh siap lebih pantas berbanding sistem pengangkutan Transit Aliran Ringan (LRT). Kita mahukan ia dapat beroperasi serentak dengan projek Sistem Kereta Api Laju (RTS) yang dijadual beroperasi pada Januari 2027.
“Sistem ART bertingkat ini akan ada tiga jajaran iaitu Laluan Iskandar Puteri sepanjang 14.78km, Laluan Skudai (18.8km) dan Laluan Tebrau (14km). Ketika ini kajian sedang dijalankan dan dijangka siap pada Ogos ini untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.
Pada 16 April lepas, Menteri Besar Johor Bahru Onn Hafiz Ghazi dilapor berkata kerajaan negeri berhasrat membangunkan sistem ART bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya tersebut.

Cadangan tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail untuk dibawa ke kerajaan Persekutuan bagi diperhalusi.
Pada 25 April lepas, Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke pula dilapor berkata Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan itu, memandangkan sistem pengangkutan awam bersepadu sememangnya perlu disediakan di Johor Bahru.
Sementara itu, Encik Mohamad Fazli berkata sistem kod QR akan mula digunakan bagi pelepasan imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) pada pertengahan bulan depan.
Beliau berkata, fasa pertama akan melibatkan penumpang bas kilang sebelum diperluaskan secara berperingkat kepada semua kategori pengembara dengan sasaran pelaksanaan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
“Dianggarkan 5,000 penumpang melibatkan 120 bas kilang pada setiap waktu puncak akan terlibat untuk fasa pertama ini di kedua-dua laluan BSI dan KSAB. Bagi pengembara awam termasuk yang menggunakan kenderaan persendirian kod QR akan digunakan secara berkumpulan.
“Pasport masih perlu dibawa tetapi ia tidak perlu ditunjuk sebaliknya cukup menunjukkan kod QR berkenaan,” katanya sambil menambah pihaknya optimis sistem tersebut mampu memudahkan pergerakan keluar masuk pengembara di kedua-dua pintu masuk laluan darat antara Malaysia dan Singapura.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.