Sisa vape ancaman baharu kepada pantai, cemar habitat hidupan laut
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock)
PORT DICKSON: Sisa elektronik termasuk peranti dan aksesori vape menjadi ancaman terbaharu kepada pantai di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan apabila sisa tersebut semakin banyak ditemukan setiap kali program pembersihan pantai dilakukan di Malaysia, kebelakangan ini.
Aktivis alam sekitar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Bangsa Prihatin Negeri Sembilan, Noor Fadzli Shah berkata, dianggarkan dua ke empat sisa vape pakai buang ditemukan setiap kali program dengan lebih 40 sisa itu dikutip setahun yang dilihat agak membimbangkan.
Beliau berkata keadaan itu bukan sahaja menjejaskan alam sekitar tetapi mengancam hidupan laut selain memberikan kesan terhadap kesihatan manusia sekiranya tidak dibendung segera.
“Vape ialah kategori atau trend baharu sekarang (sampah), setiap sampah yang kita kutip direkodkan jenis, berat dan sebagainya dari tahun ke tahun memang nampak perbezaan menunjukkan peningkatan termasuk sisa vape ini.
“Sisa elektronik (vape) di darat pun kita kena lupuskan secara khusus begitu juga di lautan, tak boleh buang sewenang-wenangnya kerana dalam vape terdapat bahan seperti bateri yang perlu dilupuskan secara berbeza. Logam berat akan mencemarkan habitat hidupan laut yang tidak bergerak seperti kupang,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian pada program pembersihan pantai dan penanaman bakau selama dua hari hingga esok (22 Sep) yang disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan universiti awam Malaysia, membabitkan lebih 200 peserta bersempena International Coastal Clean Up dan World Clean Up Day di Port Dickson pada Sabtu (21 Sep).
Dalam pada itu, Encik Noor Fadzli berkata, plastik pula penyumbang terbesar bahan buangan di pantai dengan peningkatan hampir 50 peratus berbanding beberapa tahun lepas diikuti sisa makanan, kaca dan lain-lain buangan.
Beliau menambah bahawa lebih 300 kilogram sampah dikutip dalam tempoh dua jam dalam setiap program yang diadakan termasuk plastik minuman, beg plastik, botol kaca, puntung rokok, tali pancing, jala, serpihan styrofoam dan lampin pakai buang.
“Tak kira botol, penutup botol, plastik sekali guna, ia sangat di luar kawalan, kita memang memerlukan aktiviti perniagaan untuk rancakkan ekonomi setempat tetapi pada masa sama pemantauan lebih kerap perlu dilakukan untuk membendung masalah pembuangan sampah oleh orang ramai,” katanya.
Mengenai program pada Sabtu, beliau berkata ia bertujuan memupuk kesedaran orang ramai supaya terus menjaga kebersihan kawasan pantai dan memelihara keindahan alam sekitar berikutan pantai Port Dickson sentiasa menjadi tarikan pengunjung dari dalam dan luar negeri.
Encik Noor Fadzli turut berharap aktiviti alam sekitar seumpama itu turut dimasukkan dalam kalendar acara pelancongan Negeri Sembilan.
Sementara itu, pekerja syarikat konsensi sisa pepejal dan pembersihan awam Hamrin Berlian, 53, turut mengakui sisa vape antara kerap ditemukan apabila melakukan kerja pembersihan di kawasan pantai terutama di kawasan batu dan dalam air.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.