Siri letupan di Kabul sasarkan polis; sekurang-kurangnya 2 maut
Bom magnetik ketiga meletup di timur Kabul namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan, jelas beliau.
Satu letupan yang berlaku di Kabul, Afghanistan, pada Disember 2020. (Gambar: AFP/Zakeria Hashimi)
KABUL: Satu siri letupan menggegarkan ibu kota Afghanistan pagi ini (26 Dis), membunuh sekurang-kurangnya dua pegawai polis dan mencederakan lagi dua pegawai serta orang awam, menurut pegawai negara itu.
Serangan di barat Kabul itu melibatkan bom magnetik yang dipasang pada sebuah kenderaan polis, kata jurucakap polis Ferdaws Faramarz.
Dua lagi anggota polis cedera apabila bom yang dipasang pada kereta mereka meletup pada awal hari ini di selatan Kabul, tambah Faramarz.
Bom magnetik ketiga meletup di timur Kabul namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan, jelas beliau.
Terdapat laporan berlaku sekurang-kurangnya dua lagi letupan di tempat lain di bandar itu tetapi polis tidak mempunyai butiran kejadian tersebut.
Siri serangan terbaru ini berlaku ketika Taliban dan para perunding pemerintah Afghanistan mengadakan rundingan di Qatar untuk mengusahakan satu perjanjian damai bagi menamatkan peperangan yang berlarutan berdekad-dekad lamanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.