Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sirap ubat batuk buatan India mesti diuji sebelum dieksport

Anggaran Waktu Membaca:

MUMBAI: Pemerintah India mewajibkan pengeluar sirap ubat batuk untuk mendapatkan sampel yang diuji sebelum mengeksport produk mereka ke luar negara, lapor BBC.

Mulai 1 Jun, syarikat-syarikat itu perlu mendapatkan sijil analisis daripada makmal yang diluluskan oleh pemerintah negara itu. 

Pindaan undang-undang itu diumumkan selepas sesetengah sirap ubat batuk buatan India dikaitkan dengan kematian di Gambia dan Uzbekistan. 

Kontroversi-kontroversi itu mencemari industri farmaseutikal India, yang menghasilkan sepertiga ubat-ubatan dunia.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pengarah Perdagangan Luar Negara, yang berkata dalam pemberitahuan tersebut bahawa sirap ubat batuk akan dibenarkan untuk dieksport "tertakluk kepada sampel eksport yang diuji".

Ia juga menyebut senarai makmal pemerintah pusat dan wilayah di seluruh India di mana sampel boleh diuji. 

Minggu lalu, Reuters melaporkan bahawa India sedang menimbangkan perubahan dasar selepas ubat batuk buatannya dikaitkan dengan kematian kanak-kanak di luar negara. 

Banyak syarikat farmaseutikal di India mendapat perhatian dunia berhubung kualiti ubat mereka, dengan para pakar membangkitkan kebimbangan terhadap amalan-amalan pengilangan mereka.

Pada Mac, pengawal selia ubat-ubatan India membatalkan lesen pengilangan Marion Biotech yang sirap ubat batuknya dikaitkan dengan kematian 18 kanak-kanak di Uzbekistan. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengeluarkan amaran pada Oktober, mengaitkan empat sirap ubat batuk buatan India dengan kematian kanak-kanak di Gambia. 

India kemudian menyatakan bahawa ubat-ubatan itu mematuhi spesifikasi apabila diuji di dalam negeri, tetapi WHO menegaskan ia tidak akan berganjak daripada "tindakan yang diambil". 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan