Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sindiket seludup minyak bersubsidi di Sandakan ditumpaskan

Anggaran Waktu Membaca:
SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Sandakan merampas 17.5 tan metrik minyak masak bersubsidi menerusi serbuan di sebuah rumah sewa di Batu Sembilan, di Sandakan, pada 16 Jun.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Azdy Zukkry John berkata dalam serbuan pada pukul 4.30 petang itu, pihaknya turut merampas peralatan digunakan untuk menyeleweng minyak masak, sebuah tangki skid dalam premis dan sebuah lori 10 tan dengan jumlah rampasan bernilai RM98,750 (S$31,202).

Hasil siasatan awal mendapati minyak masak bersubsidi dalam pek satu kilogram berharga RM2.50 (S$0.79) dipindahkan ke dalam sebuah tangki skiad sebelum diproses dalam pek pembotolan sebelum dijual dengan harga RM7.50 (S$2.37) sekilogram, kata beliau dalam sidang media di Sandakan pada Jumaat (17 Jun).

Menurut beliau, pihaknya percaya bekalan minyak bersubsidi itu kemudian dijual kepada pihak industri untuk pasaran tempatan ataupun diseludup ke negara jiran.

Dalam serbuan itu, kata beliau, seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

Kata beliau, tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini sudah menyebabkan kekurangan minyak masak bersubisidi paket satu kilogram di Sandakan dan penduduk kampung serta golongan berpendapatan rendah mengadu sukar mendapat bekalan minyak masak.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan