Sindiket pemalsuan kad UNHCR didalangi lelaki Rohingya di Kelantan ditumpaskan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Mohd RASFAN)
KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), selepas menahan seorang lelaki Rohingya semasa Ops Sapu di Kampung Changgal, Pasir Puteh pada Jumaat (19 Apr).
Operasi yang dilakukan pada pukul 10.00 malam itu turut menahan seorang lagi lelaki Rohingya berusia 30-an kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
Timbalan Pengarah Imigresen (Kawalan), Ruzaana Mohamed berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 28 tahun itu dipercayai terlibat dengan sindiket mengeluarkan permohonan kad UNHCR palsu sejak tiga tahun lalu dengan upah RM2,000 (S$570) setiap satu kad, lapor Sinar Harian.
"Semasa pemeriksaan dijalankan di dalam rumah yang disewa itu telah menemui dua unit komputer riba, peti besi dan wang berjumlah RM140,000 (S$40,000).
"Hasil pemeriksaan isi kandungan komputer riba milik suspek mendapati ada dokumen permohonan kad UNHCR yang dipercayai akan digunakan untuk mendapatkan kad tersebut secara tidak sah dan teratur," katanya semasa sidang media di Pejabat JIM Kelantan di Kota Bharu pada Ahad (21 Apr).
Menurutnya, suspek utama itu didapati menetap di Malaysia dengan menggunakan kad UNHCR yang sah, seperti dilapor Sinar Harian.
Ujarnya, suspek juga mengaku pemilik komputer riba dan wang tunai itu ditahan apabila dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55 D Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55 Akta Imigresen 1959/63.
Menurut laporan Sinar Harian, Cik Ruzaana berkata pihak JIM Kelantan turut menahan seorang lelaki dan tiga wanita Rohingya kerana telah melakukan kesalahan bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
"Lingkungan umur bagi warga asing yang ditahan itu adalah di antara 20 hingga 30 tahun.
"Kesemua warga asing dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut," katanya.
Cik Ruuzana menambah, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara dan bersubahat dalam melindungi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.