Skip to main content

Dunia

Sindiket edar dadah melalui TikTok, WeChat ditumpas polis Johor

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah menggunakan aplikasi TikTok dan WeChat selepas menahan lapan individu menerusi empat serbuan berasingan di sekitar bandar raya Johor, pada Ahad (25 Jun) dan Isnin (26 Jun) lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor DCP M Kumar berkata kesemua lima lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang wanita warga asing yang berusia antara 19 hingga 67 tahun itu ditahan dalam operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor.

"Kesemua individu termasuk seorang lelaki yang disyaki dalang itu ditahan hasil risikan yang dibuat sejak Mac lepas. Modus operandi mereka adalah menguar-uarkan kepada pembeli menggunakan TikTok dan WeChat sebelum mengedarkannya ke pasaran tempatan.

"Sindiket akan meninggalkan dadah di suatu tempat sebelum diambil pembeli. Kita dapati sindiket ini menjadikan kondominium berpagar dan berpengawal sebagai tempat pembungkusan dan stor penyimpanan dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor pada Rabu (28 Jun).

Beliau berkata pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM926,644 (S$268,147), antaranya 10.65 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 914.20 gram ketamin, 118 biji pil ekstasi dan 100 biji pil erimin 5 selain menyita dua buah kenderaan, wang tunai sebanyak RM11,910 (S$3446) dan S$500.

Encik Kumar berkata saringan awal terhadap kesemua individu yang direman tujuh hari mulai Isnin lepas itu mendapati lima orang positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin, manakala empat orang mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita