Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Siling Masjid Tanjak di Batam roboh; kontraktor diminta bertanggungjawab

Ketua Badan Pengusahaan (BP) Batam Muhammad Rudi meminta agar kontraktor dipertanggungjawabkan setelah siling Masjid Tanwirun Naja atau Masjid Tanjak roboh pada Khamis (8 Sep), lapor Antara News.

Anggaran Waktu Membaca:
 Siling Masjid Tanjak di Batam roboh; kontraktor diminta bertanggungjawab

Petikan video siling yang roboh di Masjid Tanjak di Kota Batam pada 8 September 2022. (Gambar: Iles Projects/YouTube)

BATAM (ANTARA): Ketua Badan Pengusahaan (BP) Batam Muhammad Rudi meminta agar kontraktor dipertanggungjawabkan setelah siling Masjid Tanwirun Naja atau Masjid Tanjak roboh pada Khamis (8 Sep), lapor Antara News.

"Saya sudah mendapat laporannya dan saya akan mencari kontraktornya. Saya akan mintanya dipertanggungjawabkan," kata beliau di Kota Batam, Kepulauan Riau, pada Khamis (8 Sep).

Encik Rudijuga sudah meminta Satuan Pemeriksa Intern (SPI) untuk memeriksa keseluruhan bangunan Masjid Tanjak bagi mengetahui punca siling masjid tersebut roboh.

"Kenapa boleh roboh? Apakah kerana hujan lalu ia lapuk atau besinya yang tidak kuat? Nanti itu akan dilaporkan kepada saya," katanya seperti dinukil Antara News.

Ketua Biro Humas, Promosi, dan Protokol BP Batam Ariastuty Sirait berkata Masjid Tanjak ditutup kepada umum selama tempoh kerja-kerja baik pulih kerosakan dijalankan ke atas bangunan masjid tersebut.

"Ini masih tanggungjawab dari kontraktor kerana ia masih di bawah penyenggaraan," katanya.
Beliau menambah kemungkinan siling Masjid Tanjak roboh kerana ia menjadi lembab dan rapuh akibat hujan di Kota Batam.

Masjid Tanjak baru dirasmikan oleh Menteri Koordinasi Bidang Perekonomian Airlangga Hartarto pada 24 Jun 2022.

Masjid dengan pelbagai hiasan khas Melayu itu menjadi antara destinasi wisata di Kota Batam.
Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan