Siling KSL City Mall JB runtuh
Anggaran Waktu Membaca:

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden yang berlaku pada Sabtu (8 Mac) di KSL City Mall, meskipun video insiden tersebut telah tular di media sosial. (Gambar: Facebook/Malaysia Shopping Mall)
JOHOR BAHRU: Pembeli dan pemilik perniagaan terkejut apabila sebahagian besar siling di sebuah pusat beli-belah popular di Johor Bahru, runtuh.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden yang berlaku pada Sabtu (8 Mac) di KSL City Mall, meskipun video insiden tersebut telah tular di media sosial.
Kejadian ini menjadikannya sekurang-kurangnya aduan kedua mengenai runtuhan siling di Malaysia baru-baru ini selepas insiden yang berlaku di sebuah kedai di Kota Kinabalu pada Jumaat.
Seorang wanita berusia 55 tahun cedera parah dalam insiden di Sabah itu.
Dalam insiden pada Sabtu di Johor Bahru itu, media tempatan melaporkan bahawa runtuhan berlaku antara jam 6.00 petang dengan 7.00 malam pada hari tersebut di KSL City Mall.
Pusat beli-belah berkenaan popular dalam kalangan pelawat dari Singapura dan kira-kira 10 minit memandu dari pusat pemeriksaan Bangunan Sultan Iskandar (BSI).
Beberapa saksi melaporkan mereka mendengar bunyi dentuman kuat sebelum beberapa bahagian siling jatuh, sekali gus menimpa beberapa kios.
"Saya hanya beberapa langkah dari tempat kejadian apabila saya terdengar bunyi retakan yang kuat. Selepas itu, siling itu runtuh. Ia sangat menakutkan," kata seorang saksi seperti yang dilaporkan oleh The Vibes.
Laporan dari akhbar The Star menyatakan seorang pekerja berkata bahawa dia pertama kali mendengar bunyi dari siling sekitar jam 7.00 malam.
"Ia mula berbunyi sedikit, kemudian muncul keretakan yang jelas. Keretakan itu menjadi semakin panjang, dan serpihan mula jatuh sebelum seluruh siling runtuh," kata Ngui, yang hanya mahu dikenali dengan nama tersebut, kepada The Star.
Beliau juga meminta pihak pengurusan pusat beli-belah untuk mengambil tindakan dan memeriksa keselamatan serta penyenggaraan bangunan tersebut.
Sementara itu, seorang pekerja salon rambut turut dipetik oleh The Star sebagai mendakwa bahawa insiden serupa berlaku hujung minggu lalu, tetapi pada skala yang lebih kecil.
The Star melaporkan pada Ahad bahawa kawasan yang terjejas oleh insiden Sabtu itu telah ditutup kepada orang awam, dengan pekerja binaan sibuk melakukan pembaikan pada siling yang rosak.
Penolong Pesuruhjaya Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata polis sedang menyiasat perkara tersebut.
"Walaupun tiada aduan polis dibuat, kami tetap meneruskan siasatan," katanya.
Pada Oktober 2023, tiga orang cedera apabila sebahagian siling di Megah Rise Mall di Petaling Jaya, Selangor runtuh akibat hujan lebat.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.