Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sijil vaksinasi COVID-19 tidak lagi diperlukan di Arab Saudi; kanak-kanak, bayi dibenarkan masuk

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Mar 2022 07:28PM Dikemas Kini : 23 Mar 2022 08:45PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan sijil vaksinasi COVID-19 tidak lagi diperlukan untuk memasuki negara itu.

Ia sejajar dengan langkah memansuhkan majoriti sekatan membendung koronavirus itu seperti tidak lagi perlu solat berjemaah berjarak, sejak awal bulan Mac.

Turut ditarik balik, sekatan bagi kemasukan kanak-kanak di bawah tujuh tahun termasuk bayi, ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Saudi sudah mencapai kadar vaksinasi 99 peratus bagi mereka yang berusia 12 tahun ke atas.

Sejajar dengan pemansuhan syarat sijil vaksinasi COVID-19, para pelawat ke Saudi juga tidak lagi perlu diuji negatif sebelum keberangkatan ke negara itu.

Namun belum jelas lagi sama ada syarat lengkap divaksin masih diperlukan untuk memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta tempahan slot umrah dan ziarah ke Raudhah.

Apa yang pasti sejak awal bulan ini, solat berjemaah di Saudi tidak lagi perlu berjarak dan pemakaian pelitup di luar tidak lagi diwajibkan.

Tetapi, orang ramai masih perlu memakai pelitup ketika di dalam bangunan termasuk di dalam masjid.

Mulai awal bulan Mac, tiada lagi had umur dikuatkuasakan bagi kemasukan ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Malah, bayi berumur kurang setahun juga dibenarkan masuk bersama kereta sorongnya.

Ketua Presiden Dua Masjid Suci, Dr. Abdul Rahman Al-Sudais hari ini (23 Mac) mengumumkan ibadah iktikaf di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi juga akan dibenarkan semasa bulan Ramadan, selepas digantung selama dua tahun.

Pihak beliau akan mula mengeluarkan permit secara online untuk tujuan tersebut.

Ini bermakna Ramadan akan datang akan menjadi kali pertama ibadah iktikaf akan dibenarkan sejak ia digantung pada Ramadan 2020, bagi membendung COVID-19.

Sumber : BERITA Mediacorp/AZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan