Sijil vaksinasi COVID-19 di M'sia guna teknologi 'blockchain', tidak boleh disalin
Sijil vaksinasi COVID-19 di aplikasi MySejahtera tidak boleh disalin kerana ia menggunakan teknologi “blockchain” yang menjamin ketulenan sijil itu.
Sijil vaksinasi Covid-19 dipercayai palsu yang dirampas polis di Marang, Terengganu pada Sabtu lalu. (Gambar: Agensi berita)
KUALA LUMPUR: Sijil vaksinasi COVID-19 di aplikasi MySejahtera tidak boleh disalin kerana ia menggunakan teknologi “blockchain” yang menjamin ketulenan sijil itu.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Dr Adham Baba bagaimanapun berkata pemalsuan sijil vaksin yang berlaku di Terengganu baru-baru ini disebabkan oleh masalah integriti pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya, isu sijil vaksinasi palsu hanya boleh timbul jika pihak yang mengendalikan vaksinasi itu menyalahgunakan kuasa seperti mengemas kini MySejahtera tanpa memberi sebarang suntikan.
“Sebagaimana kita maklum, polis membongkar kegiatan sijil vaksinasi palsu yang dipercayai didalangi doktor klinik swasta,” katanya selepas melancarkan Platform E-Skrol Menggunakan Teknologi “Blockchain” untuk Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini (11 Jan).
Semalam (10 Jan), Polis Diraja Malaysia menahan seorang doktor sebuah klinik swasta selepas disyaki mengeluarkan sijil vaksinasi COVID-19 palsu di Marang pada Sabtu lalu.
Sehubungan itu, Dr Adham berkata MOSTI akan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Mengulas lanjut, beliau berkata teknologi terkini “blockchain” itu selamat dan melindungi data peribadi masyarakat serta ketulenan sijil vaksinasi COVID-19 tidak boleh diragui.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.