Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sidang puncak pemimpin ASEAN-EU dibayangi perpecahan geopolitik

Anggaran Waktu Membaca:

BRUSSELS: Para pemimpin ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) akan berhimpun di Brussels pada Rabu (14 Dis) bagi satu sidang puncak yang pertama seumpamanya sebagai menandakan hubungan yang sudah terjalin selama 45 tahun.

Perbincangan akan tertumpu kepada perdagangan, keselamatan dan pembangunan mampan dan penyelidikan.

Namun, sidang puncak itu mungkin dibayangi perpecahan geopolitik.

Ia merupakan mesyuarat pertama Eropah-ASEAN lebih empat dekad lalu ketika kedua-dua blok masih lebih kecil.

Kesatuan Eropah (EU) hanyalah sebuah masyarakat ekonomi.

Memandang ke hadapan, pakar-pakar percaya lebih banyak lagi dagangan dengan ASEAN boleh menguntungkan Eropah.

"Mengambil iktibar daripada pandemik COVID-19, pencerobohan Rusia terhadap Ukraine, kepelbagaian dan mempunyai rantaian bekalan berdaya tahan adalah agenda utama perdagangan EU. ASEAN boleh memainkan peranan penting dalam soal itu," kata penyelidik EU-ASEAN di Pusat Kajian Dasar Eropah, Dr Weinian Hu. 

Mentelah lagi, EU dan ASEAN adalah rakan dagang ketiga terbesar antara satu sama lain, selepas China dan Amerika Syarikat.

Dagangan ASEAN-EU itu mencecah lebih AS$300 bilion (S$406 bilion) pada 2021.

Namun, sejauh ini, EU hanya menjalin perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan dua anggota ASEAN iaitu Singapura dan Vietnam. EU akan cuba meluaskannya di Brussels nanti. 

Bagaimanapun, undang-undang baru EU yang menyekat import berkaitan buruh paksa dan pembasmian hutan dijangka merumitkan keadaan.

Namun demikian, kedua-dua pihak dijangka meluahkan komitmen untuk sama-sama menangani cabaran perubahan iklim.

EU dijangka cuba menjual strategi 'Global Gateway' kepada ASEAN, iaitu dana pelaburan prasarana bernilai AS$300 bilion (S$406 bilion), demi merangsang projek-projek keterhubungan dengan ekonomi membangun, suatu inisiatif yang dilihat cuba menyaingi inisiatif Jaluran Ekonomi Laluan Sutera oleh China.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan