Sidang Puncak Pemimpin APEC bincang langkah perkukuh daya tahan, rangsang pertumbuhan ekonomi
Anggaran Waktu Membaca:
GYEONGJU: Sidang Puncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bermula pada Jumaat (31 Okt) dengan kehadiran para pemimpin dunia bagi membincangkan langkah memperkukuh daya tahan dan merangsang pertumbuhan ekonomi di tengah-tengah peningkatan perdagangan sepihak dan halangan lain, lapor Agensi Berita Yonhap.
Perhimpunan dua hari itu menghimpunkan pemimpin daripada 21 anggota APEC, negara jemputan dan wakil pertubuhan antarabangsa, dengan tumpuan diberikan kepada usaha mengekalkan perdagangan bebas dan memperkukuh integrasi ekonomi serantau.
Antara pemimpin yang hadir ialah Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi. Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tidak menyertai sidang puncak itu setelah menghadiri forum perniagaan serta mengadakan pertemuan dengan Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung dan Encik Xi sebelum berlepas pulang.
Majlis pembukaan dimulakan dengan ucapan alu-aluan Presiden Lee kepada para pemimpin dan tetamu sebelum sesi pertama bermula di bawah tema “Towards a More Connected Resilient Region and Beyond".
Pejabat Presiden Korea Selatan memaklumkan, para pemimpin akan membincangkan cara-cara menjadikan rantau Asia Pasifik “lebih terbuka, dinamik dan berdaya tahan.”
“Presiden Lee akan memainkan peranan sebagai jambatan untuk membantu membina konsensus dalam kalangan pemimpin mengenai keperluan mengeratkan kerjasama.
"Matlamat kami adalah untuk mengembalikan komitmen rantau ini terhadap semangat kerjasama serta merangka langkah konkrit agar APEC kekal sebagai forum ekonomi utama dan platform relevan bagi masa depan,” katanya.
Sebagai tuan rumah APEC tahun ini, Korea Selatan berharap dapat mempamerkan hasil persidangan yang dipersetujui semua anggota melalui “Deklarasi Gyeongju” yang dicadangkan, di samping menonjolkan inisiatif negara itu dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan perubahan demografi.
Sepanjang dua sesi perbincangan, para pemimpin akan menilai saranan yang dikemukakan oleh para pegawai kanan luar negara dan perdagangan APEC mengenai cara meningkatkan kemakmuran serantau melalui usaha seperti memperkukuh rantaian bekalan dan mempercepatkan peralihan digital.
Tumpuan utama juga diberikan kepada sejauh mana para pemimpin dapat mencapai konsensus mengenai hala tuju perdagangan antarabangsa, dengan pandangan berbeza terhadap sistem perdagangan bebas global berasaskan berbilang pihak dan sistem Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan anggota APEC menegaskan sokongan terhadap perdagangan bebas berasaskan sistem Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan komitmen kepada berbilang pihak.
Deklarasi pemimpin hanya boleh diterima pakai dengan persetujuan sebulat suara daripada semua anggota APEC.
Selepas mesyuarat Menteri APEC terakhir pada Khamis, Menteri Luar Korea Selatan Cho Hyun berkata forum itu “sangat hampir” mencapai persetujuan terhadap kenyataan bersama, dengan rundingan akhir sedang dijalankan berhubung kenyataan menteri yang akan dikemukakan kepada sesi pemimpin.
"Kami menjangkakan dokumen itu akan diterima pakai menjelang hari Sabtu, apabila kami mengadakan rahat pemimpin," kata Encik Cho.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.