Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sidang Puncak G20 Bali diharap pacu ekonomi Indonesia

Indonesia akan mengambil alih kerusi Presiden G20 pada Disember nanti selama setahun, menggantikan Itali.

Anggaran Waktu Membaca:
Sidang Puncak G20 Bali diharap pacu ekonomi Indonesia

Pekerja Indonesai sembur cecair pembasmi kuman di kuil Tanah Lot di Tabanan, Bali pada 20 Mac 2020 di tengah kebimbangan COVID-19. (Gambar fail: REUTERS/Johannes P. Christo)

Diterbitkan : 30 Oct 2021 11:24PM Dikemas Kini : 30 Oct 2021 11:25PM

JAKARTA: Indonesia akan mengambil alih kerusi Presiden G20 pada Disember nanti selama setahun, menggantikan Itali.

Perubahan- perubahan akan berlaku hujung minggu ini selepas persidangan kumpulan 20 negara itu di Rome. Ini membolehkan Indonesia untuk memainkan peranan lebih besar di persada antarabangsa.

Pembukaan semula pulau peranginan Bali membawa kelegaan kepada Agung Krisnawati, 48 tahun.

Beliau berhasil mengharungi pandemik tanpa menggulung tikar, namun masih sulit untuk bertakat.

"Benar-benar mati sepenuhnya begitu. Sama sekali tidak ada kemasukan, tutup kerana tidak ada pelancong ke sini. Syukur ada tabungan. Simpanlah ketika waktu ramai kita harus pintar-pintar begitu. Itu kita makan, yang penting cukup untuk makan," kata Agung Krisnawati, pemilik kedai cenderamata.

Bali baru-baru ini memulakan semula penerbangan ulang-alik dengan sebilangan negara selepas berhasil membendung COVID-19.

Ia juga dijangka menyambut kedatangan ribuan wakil antarabangsa dalam Sidang Puncak G20 ke-17 tahun depan.

Kumpulan G20 adalah forum berbilang hala yang terdiri daripada 19 negara serta Kesatuan Eropah, membentuk 80 peratus GDP dunia.

Mesyuarat G20 mungkin diadakan di Nusa Dua dan Restoran Ulam menanti-nantikan kedatangan pelanggan.

"Biasanya di persidangan antarabangsa seperti ini, peningkatan kunjungan diimbangi dengan peningkatan daya belinya juga. Jadi kita sangat menunggu G20 diadakan di Indonesia," ujar Komang Tri, pemilik Restoran Ulam, Nusa Dua.

Semasa lawatan ke Bali untuk meninjau persiapan bagi Sidang Puncak G20, Presiden Joko Widodo menggesa pihak berkuasa dan penduduk tempatan supaya bekerjasama untuk membendung jangkitan COVID-19.

"Kita juga harus dapat memanfaatkan pelaksanaan G20 ini untuk menampilkan kemampuan negara kita, Indonesia, dalam mengendalikan pandemik COVID-19 baik dari sisi kesihatan mahupun dari sisi ekonomi," ungkap Presiden Joko Widodo.

Jakarta menaruh harapan agar G20 dapat merangsang ekonomi yang terjejas teruk dek pandemik.

Pemerintah menjangkakan mesyuarat G20 dapat menambah perbelanjaan pengguna tempatan sekitar AS$119 juta (S$160 juta).

Bali cukup berpengalaman menjadi tuan rumah acara antarabangsa.

Peranan Indonesia sebagai teraju G20 membuka peluang untuk menyerlahkan negara itu di persada global.

Bagi perniagaan di Bali, sudah tiba masanya untuk bangkit semula dan menyambut tetamu dari seantero dunia dengan layanan yang dikenali ramai. 

Sumber : BERITA Mediacorp/SB/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan