Skip to main content

Dunia

Sidang Puncak ASEAN: PM Lee gesa kukuhkan kerjasama tangani cabaran ekonomi

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata adalah lebih genting sekarang bagi ASEAN untuk bercakap dalam satu suara.

Anggaran Waktu Membaca:
Sidang Puncak ASEAN: PM Lee gesa kukuhkan kerjasama tangani cabaran ekonomi
Diterbitkan : 02 Nov 2019 10:08PM Dikemas Kini : 02 Nov 2019 10:13PM

BANGKOK: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata adalah lebih genting sekarang bagi ASEAN untuk bercakap dalam satu suara.

Ini sedang kumpulan serantau itu berdepan dengan isu-isu ekonomi global yang perlahan, populisme serta sokongan yang semakin lemah terhadap dasar berbilang pihak dan pensejagatan.

PM Lee berucap di sesi pleno sidang Puncak ASEAN yang ke-35 di Bangkok.

Menurut PM Lee, ASEAN mesti meluaskan hubungan ekonominya dan membuka lebih luas dagangannya dengan rakan-rakan kerjasama.

PM Lee berkata 10 negara anggota ASEAN mesti mengukuhkan lagi kerjasama bagi menangani cabaran-cabaran tersebut.

Sidang puncak ASEAN selama tiga hari itu akan membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa.

Tambah Encik Lee meskipun terdapat perkembangan penting dalam rundingan RCEP, beliau berkata masih tidak pasti sama ada pakatan itu, yang akan menjadi perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia, dapat dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.

Satu lagi bidang kerjasama lebih besar yang boleh diterokai adalah dalam menangani pencemaran rentas batas.

Pencemaran jerebu baru-baru ini adalah peringatan tentang bagaimana negara anggota dapat menggembleng sumber dengan lebih baik dan menangani masalah itu dengan lebih berkesan.

Bagaimanapun untuk menangani semua cabaran itu dan mengecap kemajuan lebih baik,adalah penting bagi rantau ini untuk menikmati keamanan dan kestabilan.

Selain itu, rantau ini juga berdepan dengan konflik di Laut Selatan.

Namun, ASEAN dan China kata Encik Lee sudah membuat kemajuan dengan melengkapkan bacaan pertama draf Teks Tatalaku di perairan yang dipertikaikan.

PM Lee juga mengingatkan pentingnya untuk menghormati hak kebebasan pelayaran dan penerbangan termasuk mematuhi undang-undang antarabangsa.

Encik Lee juga menimbulkan keprihatinan mengenai keadaan di Myanmar.

Lebih 700,000 Rohingya melarikan diri dari negeri Rakhine Myanmar ke Bangladesh lebih dua tahun lalu  selepas tindakan keras pasukan keselamatan.

Masalah rumit itu, kata Encik Lee, melibatkan sektor kemanusiaan dan keselamatan, yang memerlukan semua pihak bekerjasama mencapai huraian menyeluruh yang berdaya tahan. 

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita