Sidang puncak ASEAN ke-47 di KL dijangka paling besar dalam sejarah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
RIO DE JANEIRO: Sidang Puncak ASEAN ke-47 dan Sidang Puncak berkaitan yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober ini dijangka menjadi antara yang terbesar dalam sejarah penganjuran kumpulan serantau itu, kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
Beliau berkata beberapa ketua pemerintah dari luar ASEAN mengesahkan kehadiran mereka ke sidang berkenaan yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober nanti.
Antara pemimpin yang mengesahkan kehadiran termasuk Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni, yang ditemui PM Anwar di Rome pada 3 Julai, dan Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva.
PM Anwar berkata Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa, yang kini memegang jawatan Presiden Kumpulan G20, turut menyatakan hasrat untuk hadir.
Perdana Menteri yang berada di Rio de Janeiro bagi menghadiri Sidang Puncak Pemimpin BRICS ke-17, berkata Perdana Menteri baharu Kanada Mark Carney, turut mengesahkan kehadiran belia.
"Ini menggambarkan bahawa Sidang Puncak ASEAN Oktober nanti berkemungkinan menjadi lebih meriah berbanding penganjuran sebelum ini, bukan sahaja melibatkan negara ASEAN dan rakan tetap seperti Jepun, Korea Selatan dan China, malah turut disertai ramai pemimpin luar yang lain," kata PM Anwar.
"Saya percaya ia akan menjadi satu tanggungjawab besar... Insya-Allah, kita dapat memikulnya bersama-sama," katanya pada sidang media semasa mengakhiri lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil yang bermula pada 1 Julai.
Ketika ini, 10 negara anggota ASEAN ialah Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand, Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar dan Filipina.
Selain negara anggota, antara rakan luar yang lazimnya menghadiri sidang puncak ASEAN ialah Australia, Kanada, China, Kesatuan Eropah, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat.
Ketika berucap pada Forum Perniagaan BRICS di Kuala Lumpur pada 5 Julai lepas, Encik Lula da Silva secara rasmi mengesahkan kehadiran beliau ke Sidang Puncak ASEAN ke-47.
Beliau turut menggesa para usahawan Brazil supaya bersedia menyertai sidang itu, yang disifatkan sebagai platform penting untuk memperluas kerjasama perniagaan.
Sidang Puncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Mei lalu turut menampilkan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kali kedua serta Sidang Kemuncak ASEAN–GCC–China yang diadakan buat pertama kali.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.