Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sidang Puncak ASEAN 10 hingga 13 Nov di Phnom Penh

Anggaran Waktu Membaca:
Sidang Puncak ASEAN 10 hingga 13 Nov di Phnom Penh

(Gambar: Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur)

BANGKOK: Sidang Puncak ASEAN dan sidang-sidang puncak berkaitan bakal berlangsung di Phnom Penh, Kemboja bermula 10 hingga 13 Nov.

Kemboja selaku Pengerusi ASEAN tahun ini akan menjadi tuan rumah Sidang Puncak ASEAN ke-40 dan ke-41 dan sidang-sidang puncak berkaitan serta Dialog Global ASEAN kedua.

Sidang-sidang puncak berkaitan itu termasuk Sidang Puncak ASEAN-China ke-25; Sidang Puncak ASEAN-Jepun ke-25; Sidang Puncak ASEAN-ROK ke-23; Sidang Puncak ASEAN Campur Tiga (APT) ke-25; Sidang Puncak Peringatan ASEAN-lndia sempena 30 tahun Hubungan Dialog; Sidang Puncak ASEAN-Amerika Syarikat (AS) ke-10; Sidang Puncak ASEAN-Australia ke-2; Sidang Puncak Peringatan ASEAN-Kanada; Sidang Puncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Sidang Puncak Asia Timur (EAS) ke-17.

Dalam kenyataannya, Kementerian Luar dan Kerjasama Antarabangsa memaklumkan Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni dijangka akan mengadakan pertemuan dengan ketua negara dan pemerintah ASEAN.

Menurut kenyataan itu lagi, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dan para pemimpin ASEAN akan bertemu dengan wakil Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA); Majlis Penasihat Perniagaan Belia ASEAN dan ASEAN (ASEAN-BAC ).

"Mereka juga akan menghadiri Dialog Global ASEAN kedua mengenai pemulihan pasca COVID-19 yang dijangka disertai ketua beberapa organisasi antarabangsa utama.

"Pemimpin beberapa rakan dialog ASEAN juga dijangka menghadiri dialog itu," menurut kenyataan tersebut.

Selain itu Encik Hun Sen turut akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan beberapa ketua delegasi.

Setakat ini, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau adalah antara pemimpin yang dijangka akan menghadiri sidang itu.

Pada majlis penutup, Encik Hun Sen akan menyerahkan jawatan Pengerusi ASEAN kepada Presiden Indonesia Joko Widodo.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Prak Sokhonn akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Masyarakat Keselamatan Politik ASEAN (APSC) ke-25 dan Mesyuarat Majlis Penyelaras ASEAN (ACC) ke-31.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan