Skip to main content

Dunia

Sidang Puncak Arab-Islam di Doha bukti sokongan penuh dunia Islam terhadap Qatar: Presiden Turki

Anggaran Waktu Membaca:
 Sidang Puncak Arab-Islam di Doha bukti sokongan penuh dunia Islam terhadap Qatar: Presiden Turki

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 16 Sep 2025 07:25AM Dikemas Kini : 16 Sep 2025 07:29AM
DOHA: Sidang Puncak Arab-Islam yang sedang berlangsung di ibu negara Qatar, Doha menyusuli serangan Israel minggu lalu membuktikan sokongan padu dunia Islam terhadap negara Teluk itu, kata Presiden Turki pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Serangan Tel Aviv yang menyasarkan pasukan perunding dari Palestin, Hamas di Qatar membawa “kebiadaban Israel” ke tahap baharu, tegas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dalam ucapannya semasa Sidang Puncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)-Liga Arab.

Beliau menegaskan bahawa tidak dapat dinafikan bahawa matlamat pemerintah Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu adalah untuk meneruskan pembunuhan beramai-ramai di Palestin serta menimbulkan ketidakstabilan di rantau itu, sambil menambah bahawa “kita mesti mempergiatkan usaha diplomatik” bagi mengenakan lebih banyak sekatan terhadap Israel.

Dunia Islam mempunyai kemampuan untuk menggagalkan cita-cita peluasan Israel, kata Encik Erdogan, sambil menekankan bahawa rejim itu juga perlu ditekan dari segi ekonomi.

Ankara akan terus berjuang sehingga sebuah negara Palestin ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967 dengan integriti wilayah dan Baitulmakdis Timur sebagai ibu negaranya, katanya lagi.

Turki sentiasa berdiri teguh bersama Qatar sebagai rakan, sahabat dan saudara, kata Encik Erdogan, sambil menegaskan Ankara bersedia berkongsi keupayaan industri pertahanannya dengan negara-negara sahabat.

“Kita mesti mempergiatkan kerjasama untuk meraih kemenangan dalam dekad akan datang,” katanya lagi. 
Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita