Sidang Parlimen M'sia dijadual 19 Dis, bentang usul yakin kepada PM
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat akan diadakan pada 19 Disember ini bagi membentangkan antara lain usul percaya kepada Perdana Menteri, lapor BH Online.
Encik Anwar Ibrahim berkata agenda lain ialah majlis mengangkat sumpah semua Ahli Parlimen.
Jelasnya, usul yakin itu bakal membuktikan keabsahan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat terhadapnya, sekali gus memperkukuh kestabilan Kerajaan Perpaduan, yang merangkumi Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Warisan (WARISAN), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Bebas.
"Saya nyatakan kesediaan rakan-rakan (untuk mendukung Kerajaan Perpaduan), termasuk daripada Perikatan Nasional (PN), walaupun kenyataan pengerusinya pada peringkat awal tak begitu memberangsangkan.
"Iaitu mempertikaikan keabsahan dan jumlah kita (sokongan majoriti). Beliau juga nyatakan harus ada kesediaan untuk Kerajaan Perpaduan ini menguji kekuatan di Parlimen.
"Saya ingin jelaskan bahawa kita sudah tetapkan untuk mengadakan sidang Parlimen pertama pada 19 Disember ini, dan usul pertama selain angkat sumpah, ialah usul daripada kerajaan berhubung undi percaya kepada Perdana Menteri.
"Dengan ketatapan ini, tidak timbul keresahan tentang keabsahan sokongan yang ada," katanya dalam sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10, pada Khamis (24 Nov).
Dalam pada itu, beliau memberi jaminan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diwujudkan di bawah Kabinetnya dalam kalangan wakil komponen kerajaan perpaduan.
Enci Anwar berkata, ia akan diisi oleh wakil masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), menurut BH Online.
"Jawatan Timbalan Perdana Menteri itu, Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH), Timbalan Perdana Menteri dari komponen kuat yang lain, iaitu Barisan Nasional.
"Kepada Sabah dan Sarawak, yang terkuat antara Sabah dan Sarawak adalah GPS," tambah beliau.

Sumber : Agensi berita/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.